Tuesday, December 28, 2010

ZAMAN DIMANA ORANG TIDAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

ZAMAN DIMANA ORANG TIDAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

ERTINYA :-

Daripada Abi Hurairah Rodhiallahuanhu berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah sumber yang halal ataupun haram”.

HR : An-Nasaei

KETERANGAN :-

Zaman sekarang merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman kebendaan. Segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau sumber yang haram, yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu ataupun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

Ya Akhi! Ingatlah wahai Akhi, sebanyak manapun harta yang kita kumpulkan sedikitpun tidak member sebarang manfaat untuk kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat kelak sekiranya harta benda yang kita cari dan kita kumpulkan itu tidak kita letakkan di tempat yang benar2 boleh menjamin kehidupan akhirat kita kelak – (amal jariah, sedekah). Terfikirkan kita berapa banyak harta yang boleh kita bawa bersama di dalam keranda untuk dikuburkan bersama kita apabila kita mati kelak? Bukankah kita hanya dibekalkan oleh keluarga kita dengan kain putih sebagai kafan? Apakah harta benda yang tinggalkan kelak tidak akan menjadi punca pergaduhan anak2 yang kita tinggalkan? – Tambahan dari Penulis.

No comments:

Post a Comment