Tuesday, December 28, 2010

HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT


Ertinya : Daripada Umar bin al-Khatab Rodhiallahuanh (dalam sebuah hadith yang panjang) .... kemudian Jibril bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : Maka khabarkan kepadaku tentang hari qiamat?. Lalu Nabi s.a.w. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibril lalu berkata : "Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya". Maka Nabi s.a.w. menjawab : "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat bangunan."

HR Imam Muslim

KETERANGAN :-

Diantara tanda hampirnya qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada sebahagian ulama' yang berpendapat bahawa yang dimaksud kan dengan hadith ini adalah banyak anak-anak yang derhaka kepada ibu-bapa dan ada juga sebahagian ulama' yang memberikan pandangan bahawa contoh ini merupakan gambaran kepada suasana yang sudah terbalik, dimana hamba menguasai tuan, adalah gambaran kepada pemikiran manusia yang sudah terbalik, dimana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut dan orang yang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah orang yang miskin pada akhir zaman menjadi kaya dengan mengejut sehingga seseorang yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut, tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membut bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.

No comments:

Post a Comment