Monday, December 20, 2010

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Maksud Hadith :-

Daripada Thauban Rodhiallahuanhu berkata : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Hampir tiba suatu masa dimana bangsa2 dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang2 yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya  : "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh2 kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit WAHAN. Seorang sahabat bertanya : "Apakah wahan itu ya Rasulullah?". Nabi kita menjawab : "Cinta dunia dan takut mati".
HR : Abu Daud

KETERANGAN

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabkan Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa2 lain. Mereka ditindas, diinjak2, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza2 agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan Islam.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari dalam kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit WAHAN yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua iaitu CINTA DUNIA dan TAKUT MATI. Kedua2 penyakit ini tidak dapat dipisahkan. Cinta dunia bermakna TAMAK, RAKUS, BAKHIL dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah Subhanahu Wataala. Takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak apa perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah Subhanahu Wataala.

No comments:

Post a Comment