Tuesday, December 21, 2010

SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

 

SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Daripada Hazifah bin Alyaman Rodhiallahuanh katanya : “Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu kami dua buah hadith (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat, sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawasanya amanah itu lalu turun ke dalam lubuk hati orang2 yang tertentu, kemudian turunlah al_Quran. Maka orang2 itu lalu mengetahui melalui panduan al-Quran dan mengetahu melalui panduan assunnah. Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami tentang hilang amanah, lalu beliau bersabda, “seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tertinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang engkau gilingkan dengan kakimu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, pada hal tidak ada apa-apa. Diketika Rasulullah s.a.w. menceritakan hadith ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kakinya.

Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sajaha tiada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan bani fulan (di kampung tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat dipercayai dan orang ramai mengatakan, alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya, pada hal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.”

“Maka sesungguhnya telah sampai masanya, saya pun tidak mempedulikan manakah antara kamu semua yang saya hendak berjual beli. Jikalau ia seseorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepadaku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang nasroni atau yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan mengembalikannya kepadaku (maksudnya jika ia seorang nasroni atau yahudi maka orang yang memegang kekuasaannya / memerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak2ku daripadanya). Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan fulan dan fulan (orang2 yang tertentu sahaja).”

KETERANGAN :-

Hadith ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hila cara beransur-ansur dari kalangan kaum muslimin, sehinggalah suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanah pun telah khianat pula.

Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini, ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya nampak boleh memikul amanah tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

No comments:

Post a Comment