Tuesday, December 28, 2010

GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Daripada Abi Hurairah Rodhiallahuanhu berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti2 bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun2kan bahu, kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya syurga, sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.”

HR : Imam Muslim

KETERANGAN :-

Kebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w. ini dapat kita lihat dari keadaan masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat, bertindak kepada manusia dengan hokum rimba dan ramai perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badannya dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian yang sangat nipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudia berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar. Kedua-dua goolongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau wanginya walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.”

No comments:

Post a Comment