Monday, December 20, 2010

GOLONGAN ANTI HADITH

GOLONGAN ANTI HADITH

Ertinya : Daripada Miqdam bin Ma’dikarib Rodiallahuanhuma berkata : “Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Hampir tiba suatu masa dimana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepada sebuah hadith daripada hadithku ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah (Al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan dan apa yang diharamkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya) “Pada hal apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala”.

HR : Abu Daud dan Ibnu Majjah
KETERANGAN :-

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadith ini ialah seorang yang mengingkari kedudukan hadith sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Ia hanya percaya kepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadith tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan agama Islam. Dan sebenarnya, seseorang itu tidak akan dapat memahami Al-Quran jika tidak merujuk kepada hadith Nabi s.a.w. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum, maka hadith yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat2 nya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadith Nabi s.a.w.

No comments:

Post a Comment