Tuesday, December 21, 2010

BAHAYA KEMEWAHAN

BAHAYA KEMEWAHAN

ERTINYA :-

Daripada Ali bin Abi Thalib Rodhiallahuanh berkata : “Kamis edang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Amir Rodhiallahuanh dan tiada dibadannya kecuali hanya sehelai selindang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat kepadanya baginda menangis dan menitis air mata kerana mengenangkan kemewahan nasib Mus’ab sekarang (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya dan seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Makkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu kaabah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaaan kami di hari itu.”

HR : Al-Tarmizi

KETERANGAN :

Dalam hadith ini Nabi kita s.a.w. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti, hidangan makanan tak putus2. Rumah2 mereka tersegam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sabahat, dimana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadah. Tetapi nabi kita Muhammad s.a.w. mengatakan, “keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita.” Ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadah.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang daripada berbuat ibadah kepada Allah Subhanahu Wataala, sepertimana yang berlaku dihari ini. Segala yang kita miliki kalau pun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadah kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan dan menghalangi dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., “Seandainya seseorang anak adam itu telah mempunyai satu jurung emas,  dia berhasrat untuk mencari jurung yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian).

Begitulah gamabaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi disaat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu, janganlah kita lupa daratan dalam mencari  kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu solat, bahkan semua waktu untuk menimbunkan harta. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas2 keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perancangan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

No comments:

Post a Comment