Friday, January 28, 2011

AHLI IBADAH YANG JAHIL DAN ULAMA'YANG FASIK

Ertinya : Daripada Anas Rodhiallahuanh berkata : "Bersabda Rasulullah s.a.w. selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama' yang fasik".
H.R : Ibnu A'di

Keterangan :-

Nabi s.a.w. menerangkan bahawa di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula ulama' yang fasik. Sebenarnya syaitan telah berusaha secepat mungkin untuk menyesatkan manusia. Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan pula. Bagi si jahil, syaitan selalu menyuruhnya rajin berbuat ibadat kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah Subhanahu Wataala. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si alim yang sudah banyak ilmunya, syaitan akan menyuruhnya malas berbuat ibadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan sehingga si alim itu meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari kiamat nanti. Maka itulah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat dalam masyarakat kita, dimana yang rajib beribadah itu adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadah itu pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment